TARIAN TRADISI
TARIAN PANGALAYSalah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay / Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan, pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.
PANGALAY KULINTANGAN