PAKAIAN TRADISI WANITA DAN LELAKI

PAKAIAN TRADISI
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas
manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh
dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-
ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan
dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan
lagi si pemakai. Bagi masyarakat suku kaum Suluk,
pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih
berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan
seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi
pakaian dan hiasan semakin berkembang dan
berubah mengikut peredaran zaman. Kini
masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan
Baju Tradisi sebagai pakaian di majlis-majlis
keramaian.

Pakaian Lelaki
Baju Lapi/kuput Berino Badju Lapi adalah
pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi
mendapat namanya daripada hujung belahan
tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi
dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada
Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan
lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan
seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk
longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat )
dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan
dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak. Jika
memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan
dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit
di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang
di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh si
pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai
tengkolok/setanjak dililit di atas kepala. Pis Siabit
diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

                                              BAJU LAPI DAN SAWWAL KANTIYU


 
 
 
 BAJU BATAWI/KUPUT, ATAU BAJU SEMPIT BAJU MASIGPIT 
 
baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum
Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini
lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan pendek
¾ dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu .Biasanya baju ini
ketat dan sempit, dihiasi dengan butang Tambuko yang
diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian
bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini
biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko
yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan
dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang
berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan
dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara
Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju
ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan
berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana memiliki
peninggalan warisan nenek moyang.
 
 
                                     
                        BAJU SABLAY,SAWWAL KANTIYU DAN HABUL TIYAIAN 

BAJU SABLAY  berbeza dengan baju batawi,sabaly mempunyai potongan yang lomggar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan kebaya, sablay di padankan dengan seluar longgar sawwal dan di padankan dengan kain tenun/ kain bersulam habul tiyaian.

BAJU SAMRAH  baju samrah di kenakan bersahaja,ketika berkerja di rumahsebagai pakaian harian,baju samrah selalunya di perbuat daripada  kain kapasyang berbungakecil ataupun kain nipis yang jarang dan lembut,baju ini di padankan dengan kai n batik sarung habul atau pelikat tadjung.


posted from Bloggeroid